Dalam pengupasan sajak itu, kami juga harus menjana cara-cara pengajaran yang kreatif bagi sajak itu.
Terdapat banyak ide-ide yang dilontarkan untuk cara-cara yang kreatif dan menarik untuk mengajar sajak tersebut. Ada yang memerlukan murid-murid berlakon, melukis dan juga diadakan pelbagai permainan untuk mencetus minat terhadap sajak itu dalam para pelajar. Memang semua ide-ide yang dilontar amat menarik dan bagus untuk digunakan dalam pengajaran sastera di dalam kelas. Namun dari segi penilaian, saya rasa agaklah rumit untuk kita sebagai guru untuk menjana sebuah rubrik yang effektif dan saksama bagi menilai tahap pemahaman mereka. Ini adalah kerana dalam sastera tiada betul dan salah justeru dan untuk mengadakan rubrik yang "wholesome", saya rasa agak susah.
Ini pula membawa saya kepada hal yang berkaitan iaitu dari segi pemarkahan dalam peperiksaan. Memang seseorang itu harus mempelajari sastera bukan semata untuk peperiksaan, namun di dalam konteks Singapura kita tidak boleh lari dari pemarkahan. Di sini saya sering tertanya-tanya bagaimana pemarkahan dilakukan dalam kertas-kertas sastera. Ini adalah kerana para pelajar digalakkan bersifat kreatif namun kekreatifan itu sesuatu yang subjektif dan amatlah susah untuk memberi pemarkahan yang adil . Mungkin akan dikatakan bahawa para pelajar akan dinilai atas cara mereka mempertahankan ide-ide mereka.
Namun saya rasa penilaian ini juga amatlah susah dilakukan kerana ia juga sesuatu yang subjektif dan susah untuk diselaraskan agar menjadi satu pemarkahan yang sistematik dan adil. Saya rasa amatlah susah untuk sesuatu pemarkahan itu lari dari " marker bias" dan bersifat adil sepenuhnya. Justeru di sini saya amat keliru. Apa yang lebih penting? Sesuatu pernilaian yang bersikap terbuka dan kreatif namun kurang adil ataupun penilaian yang lebih adil tetapi kurang memberi kelonggaran kepada perkembangan kreatif para pelajar.
No comments:
Post a Comment