Thursday, October 30, 2008

#17 Higher Order Thinking

HOT – Higher Order Thinking

Di kuliah hari ini kami telah meneliti cara bagaimana sebagai guru kami boleh memberikan soalan-soalan berbentuk Higher Order Thinking.

Kami telah cuba melakarkan beberapa soalan berdasarkan rangka Taxonomy Bloom.

Taxonomy Bloom mempunyai 6 tangga.

Tangga- tangganya adalah seperti berikut:

pengetahuan, pemahaman , applikasi , analisa, sintasis dan evaluasi.

Soalan-soalan HOT memerlukan lebih dari pengetahuan dan pemahaman tetapi ia memerlukan murid-murid untuk mengaplikasi, menganalisa, membuat sintasis dan memberikan evaluasi mereka.

Pada hemat saya, ia bukanlah mudah untuk melakarkan soalan-soalan HOT kerana ia bukan semata-mata memberi soalan-solana yang sukar kepada murid-murid. Tetapi haruslah diberi banyak penelitian dan perhatian ketika melakarkan soalan-soalan.

#1

Ketika melakarkan soalan-solan HOT, sebagai guru kita haruslah memastikan bahawa sekurang-kurangnya boleh terdapat tukilan-tukilan dan bukti-bukti yang boleh murid-murid dapatkan dari teks. Adakalanya sebagai guru kita terbawa-bawa (carried away) untuk memberi soalan-soalan HOT hinggakan kita lupa bahawa soalan itu terlalu terpesong dari teks atau lebih berbentuk soalan general (gp questions).

#2

Pemerhatian yang kedua yang harus kita pastikan ialah sebagai guru kita juga harus memberi “scaffolding” kepada murid-murid kita ketika memberi mereka soalan-soalan HOT. Soalan-soalan HOT seringkali memerlukan murid-murid menggunakan pengetahuan sedia ada ataupun pengetahuan luaran mereka.

Ini kadangkala memberikan sedikit masalah kerana ada segolongan murid-murid kurang membaca dan ilmu pengetahuan luaran mereka amatlah cetek. Untuk membolehkan murid-murid seperti ini lebih mudah menjawab soalan-soalan HOT mungkin sebagai guru kita boleh memberikan mereka sedikit “scaffolding”. Ketika membincangkan teks guru boleh menyelitkan maklumat-maklumat luar yang berkaitan dengan teks itu.

Ataupun sebagai aktiviti pre, guru boleh menyuruh pelajar melakukan sedikit kajian mengenai perkara-perkara dan tema-tema yang akan dikemukakan di dalam teks itu.

Contohnya jika teks itu mengenai pembangunan, guru boleh menyuruh murid-murid membuat sedikit kajian mengenai pembangunan dan buruk baiknya dan boleh dibincangkan di kelas. Dengan cara ini murid-murid tidak lah begitu teperanjat ketika melihat teks itu dan juga mereka akan lebih mudah untuk menjawab soalan-soalan HOT.

#3

Pemerhatian yang ketiga yang harus diambil kira ketika melakarkan soalan-soalan HOT adalah kaedah penilaian. Oleh kerana soalan-soalan HOT memerlukan murid-murid untuk menganalisa, mengaplikasi dan mengevaluasi tentu sekali jawapan-jawapan yang akan diberikan oleh mereka adalah berbeza-beza.

Di sini akan timbul satu dilema dimana guru harus memilih cara bagaimana untuk menilai jawapan-jawapan yang diberi:

Jawapan mana yang lebih baik?

Jawapan yang mempunyai banyak bukti dan tukilan tetapi kurang meyakinkan ataupun jawapan yang tidak mempunyai begitu banyak bukti tetapi amat menyakinkan?

Di sini juga isu “subjectivity” akan timbul. Seorang guru mungkin akan mendapati satu jawapan itu meyakinkan tetapi seorang guru lain tidak begitu yakin dengan jawapan yang diberi.

Apakan yang harus digunakan sebagai kayu ukur? Justeru haruslah difikir dengan teliti bagaimana untuk mengadakan rubrik pemarkahan yang paling adil ketika melakarkan soalan-soalan berbentuk HOT.

Justeru di sini kita telah lihat bahawa soalan-soalan HOT bukan sahaja sukar untuk murid-murid tetapi tahap pelakarannya juga bukan sesuatu yang mudah dan boleh diambil ringan.

Monday, October 20, 2008

#16 Penggunaan Lensa

Penggunaan Lensa.

Di Kuliah hari ini kami telah menggunakan beberapa lensa-lensa untuk memahami Filim Sutun.Lensa-lensa yang boleh kami gunakan ialah ; archetypal criticism , feminis criticism, Marxists criticism , psychological and psychoanalytic criticism , reader-response criticism, historical criticism dan structualism.

Lensa yang paling banyak dipilih ialah lensa feminist dan lensa reader respons. Ini adalah kerana filem Sutun sememangnya mengetengahkan banyak isu-isu “gender” yang boleh dilihat dari lensa feminist. Lensa reader respons pula digunakan kerana mungkin ia sesuatu yang lebih mudah berbandingkan lensa-lensa yang lain.

Lensa yang telah saya pilih untuk memahami filem sutun adalah lensa feminisme dan lensa marxists.

Menggunakan lensa feminis adalah amat berguna kerana ia membuat saya lebih prihatin mengenai isu-isu gender yang tersurat dan juga tersirat di dalam filem Sutun itu. Ini adalah kerana bukan segala isu-isu yang diketengahkan boleh dilihat secara sepintas lalu.Terdapat banyak isu-isu gender yang diketenghkan secara “subtle”. Di sini jika saya tidak menggunakan lensa feminist untuk meneliti teks Sutun ini , mungkin tidak akan dapat saya perasan dan mengupas isu-isu tersebut .

Saya juga telah menggunakan lensa "marxist" untuk meneliti teks Suntun. Setelah melakukan aktiviti ini, saya dapati bahawa lensa marxist dan lensa feminsist adakalanya bertindan, lebih-lebih lagi dalam teks Suntun ini.

Adakalah susah untuk membezakan keduanya. Kedua-dua lensa ini bertemakan kuasa dan yang membezakan mereka adalah lensa marxist lebih mementingkan ekonomi dan lensa feminis lebih cenderung kepada isu-isu berunsur patriachy. Dengan menggunakan lensa "marxists" saya telah dapat mengupas beberapa isu.

Isu yang utama adalah mengenai pergolakan kuasa yang telah terdapat dalam filem Sutun. Ada terdapat pergolakan kuasa berbentuk dalaman dan luaran. Bukan semua pergolakan kuasa boleh dilihat dari lensa marxist namun hampir kesemuanya mempunyai sedikit kaitan dengan lensa itu. Seperti lensa feminist, terdapat beberapa perkara yang boleh dicungkil dengan penggunaan lensa marxist yang mungkin tidak akan dapat saya cungkil jika tidak menggunakan lensa terseut.

Justeru amatlah berguna untuk menggunakan lensa-lensa untuk meneliti teks-teks. Ini adalah kerana pada mulanya saya kurang yakin dengan penggunaan lensa-lensa untuk meneliti teks. Pada mulanya saya tidak dapat melihat rasional menggunakan lensa-lensa untuk melihat teks. Pada hemat saya ia akan hanya mengelirukan murid-murid dan tidak penting bagi mereka untuk mengambil tahu tentang lensa-lensa yang ada untuk melihat teks. Namun setelah melakukan aktviti Sutun ini . Saya lebih yakin bahwa sebenarnya ada banyak kebaikan yang boleh diraih melalui penggunaan lensa lensa . 

Dengan mengunakana lensa-lensa ia seolah-olah menyiapkan minda kita untuk mencari unsur-unsur yang berkaitan. Ia akan melatih minda kita untuk lebih peka ketika meneliti teks. Tanpa lensa mungkin kita tidak akan ada arah tujuan ketika membaca teks dan menjadi keliru tetapi dengan mengunakan lensa ia akan seolah-olah memberi kita arah tujuan dan ia akan lebih sistematik . Dengan cara yang sistematik ini akan lebih senanglah bagi kita untuk memahami sesebuah teks.

Friday, October 17, 2008

#15 Lensa Feminis

Femisma

Di kuliah hari ini kami telah meneliti lensa feminist dengan lebih teliti lagi . Mengapakah dipilih lensa feminis, saya kurang pasti .

Mungkin ini adalah kerana tanpa kita sedari, banyak perkara di dalam hidup kita berdasarkan unsur-unsur patriakal dan adalah amat berguna bagi kita untuk menggunakan lensa ini agar kita akan lebih peka tentang unsur-unsur patriakal yang seringkali tersirat di dalam masyarakat kita.

Kami melihat degan lebih terperinci lagi di manakah asal usul feminisma dan apakah objektif dasar para feminisma.

Kemudian kami merangkumi feminisma ini kembali kepada sastera. Kami mengaitkan bagaimana di dalam kebanyakan sastera terdapat isu-isu feminisma yang boleh kita cungkil. Di dalam banyak karya-karya terdapt banyak tersurat dan juga tersirat ciri-ciri patriakal.

Unsur-unsur ini boleh datang dalam penulisan karya itu, jalan cerita , perwatakan ataupun cara pembikinan karya itu. Di dalam karya, isu feminisma boleh tertimbul secara langsung dan juga tidak langsung.

Lensa Feminis membolehkan kita melihat sastera dari sudut pandangan yang berbeza. Melalui lensa ini, kita dapat melihat dan mengenal pasti bagaimana penulis-penulis menggunakan bahasa simbol untuk mengetengahkan unsur-unsur gender. Ia juga membolehkan kita melihat perbezaan antara penulisan wanita dan lelaki. Selain itu kita juga boleh melihat bagaimana pelbagai watak, lebih-lebih lagi watak wanita dipaparkan dan bagaimana paparan ini lebih mengukuhkan “stereotype” seksual ataupun unsur-unsur patriakal. Di samping itu menggunakan lensa feminist ini juga membolehkan kita menyedari bahawa “gender” si pembaca sering kali menjejaskan respon kepada teks. Contohnya seorang pengkritik feminis mungkin akan mengatakan si penulis lelaki lebih mementingkan isu-isu para Adam sahaja.

Lensa Feminis menyuruh kita melihat perhubungan wanita dan lelaki dalam masyarakat dan peranan yang mereka mainkan. Ia membuat kita sedar bahawa sering kali ketidaksamaan terdapat dalam cara bagaimana sastera dicipta dan juga dalam isi teks itu sendiri. Ia juga mengingatkan kita bahawa seringkali sastera yang dicipta dibentuk oleh lelaki. Justeru ia memberi kita peluang untuk berfikir mengenai penulisan wanita yang selalu diketepikan dan juga melihat sastera dari perspektif feminis.


Pada mulanya saya agak keliru akan penggunaan lensa feminis ini . Saya kurang pasti akan bagaimana dengan penggunaan lensa ini dapat memanfaatkan para pelajar saya. Namun setelah melakukan aktiviti-aktiviti dalam kertas kerja yang telah diberikan, ia membuat saya sedar bahawa di dalam masyarakat kita terdapat terlalu banyak unsur-unsur patriakal yang sudah kita terima tanpa berfikir. Justeru adalah penting bagi saya memperkenalkan lensa feminists ini kepada para pelajar agar mereka dapat mempunyai kesedaran akan usnur-unsur patriakal ini. Lensa feminists akan memberi mereka sudut pandangan yang berbeza dan membuat mereka lebih peka akan isu-isu “gender” yang terdapat dalam kehidupan lebih-leibh lagi dalam penulisan dan penciptaan sastera.

Thursday, October 16, 2008

#14 Quads dan Kwel

QUADS dan KWEL

Di kuliah kami telah diperkenalkan dengan metoda QUADS dan KWEL

QUADS adalah

Q-question

A-Answer

D- Details

S-Source

Manakala KWEL pula adalah

K-Knowledge

W-What I want to know

E- Explanation

L-Learnt

Kedua-dua metoda ini agak berguna apabila kita hendak meneliti teks dengan lebih mendalam lagi . Ia memberi kita cara yang sistematik untuk menggarap informasi. Saya rasa ia adalah amat berguna bagi para pelajar. Ini adalah kerana dengan cara ini mereka tidak akan dibelenggu informasi. Sebaliknya mereka boleh mengatur informasi di dalam teks dengan lebih sistematik dan teratur. Metoda-metoda ini juga saya rasa bagus untuk melatih para pelajar untuk berfikir dan mengadakan ‘independent learning’. Ia menggalakkan pelajar untuk bertanya dan mencari informasi yang mereka mahukan biarpun dari luar atau dari teks itu sendiri. Metoda KWEL juga membuat pelajar lebih menyedari apa yang mereka tahu dan apa yang mereka tidak tahu (more aware of their knowledge). Ini adalah penting kerana adakalanya pelajar itu sendiri tidak tahu apa yang dia tahu dan tidak tahu . Kedua metoda ini juga membuat pelajar lebih peka akan pembelajaran mereka (more aware of their learning process).

Justeru banyak manfaat yang kita dapat dari menggunakan kedua-dua metoda ini dalam mempelajari teks dengan lebih mendalam lagi .

Di kuliah kami telah menggunakan metoda ini untuk memahami teks Bercinta Dengan Barbie dan rumusannya terdapat di bawah.

Bercinta dengan Barbie

Question

Answer

Details

Source

Mengapakah penulis menggunakan metaphor Barbie dalam cerpennya.

· Barbie adalah “role model” bagi kebanyakan wanita.

· Barbie juga adalah sesuatu yang mempunyai sifat komersial

· Oleh kerana barbie ialah ‘role model’ semua wanita juga akan mengenalinya justeru memberi makna yang mendalam dalam cerpen ini dan penulis tidak perlu memberi keterangan yang lebih lanjut

· Sifat komersial ini ia seolah-olah memberi sesuatu ‘parellism’ di mana di dalam cerpen barbie itu dijual beli dan dianggap sebagai satu transaksi

· Lelaki –lelaki yang bercinta dengan Barbie harus membayar wang ringgit. Ini menunjukkan nilai komersial Barbie

Apakah cerminan realiti yang ingin dipaparkan oleh si penulis?

· Beliau ingin menunjukan cerminan realiti di mana manusia tidak pernah gembira pada apa yang ada dan sentiasa mahu pada benda yang ‘novel’ dan baru

· Ini dilihat dengan sifat si penulis yang sudah bosan dengan isterinya. Isteri penulis juga dipaparkan sebagai gemarkan yang baru ie Ken.

· Ken dan Barbie juga dipaparkan sebagai cepat bosan dan sentiasa tidak puas hati dengan apa yang mereka ada.

· Pada mulanya Barbie yang belum pernah bercinta langsung mengangap pengalaman pertamanya yang paling bagus. Namun lama kelamaan Barbie juga menjadi bosan dengan si penulis dan lari ke pangkuan Ken

Mengapakah penulis menggunakan istilah “isterinya telah tidur bagai gajah terkapar dengan dengkur menyesaki seluruh pelosok kamar"?

· Beliau ingin menunjukkan bahawa isterinya terlalu nyenyak dan dalam dunianya sendiri untuk perasan akan gerak-gerinya

· Beliau juga seolah-olah ingin menunjukkkan tentang perangai isteri-isteri yang seolah-olah hilang dalam dunia mereka sendiri dan tidak endahkan diri mereka ataupun si suami

“dengan pasti banyak lelaki menderita kerana isteri-isteri mereka mulai tidak peduli dengan tubuhnya”

“lelaki itu sebenarnya bukannya rakus bahkan seandainya isterinya mahu memperhatikan keindahan tubuhnya ia mungkin tak perlu samapi sejauh membuka bisnes itu”

Mengapakah si penulis menggunakan perkataan “revolusi sosial”?

· Beliau ingin seolah-olah menunjukkan bahawa ada perubahan yang besar di dalam masyarakat

· Beliau ingin menunjukkan bahawa ada sesuatu pemberontakan antara si suami dengan si isteri.

· Beliau juga ingin menunjukkan apa yang terjadi ada penentangan dari mereka yang mulanya ada di kuasa ie. si isteri yang kini selepas revolusi telah hilang kuasa mereka justeru memberontak

· Apabila si isteri mengetahui akan bisnes suaminya itu beliau telah pergi kedai dan memberontak dan cuba menghapuskan barbie, ini menunjukkan satu ‘revolusi’ dimana pihak yang tidak gembira akan perubahan akan mengamuk

Apakah fungsi si anak di dalam cerita ini?

· Membawa penulis kembali ke realiti dan juga seperti membetulkan benda yang pada mulanya salah dari segi moral

· Mula-mula sekali ketika penulis hendak menyebutkan mantranya beliau memastikan anaknya sedang tidur

· Apabila kelihatan anak-anak bermain gembira ia seolah-olah menunjukkan bahawa apa yang dilakukan oleh si penulis tidak salah kerana anak-anak

pun turut gembira

· Pada akhir cerita beliau dikejutkan oleh anaknya ketika dia bercinta dengan sembunyi dengan Barbie. Namun kemudian apabila ia menukarkan isterinya dengan menjadi boneka dan anaknya pun tidak mahukan boneka itu, ia seolah-olah menunjukkan bahawa “even my daugter thinks its ugly so I am not in the wrong”

· “anak lima tahun dalam pasir tidur”

· “anak-anak berlari-lari antara mereka. Tawa ceria terlempar dari mulut mereka semua”

Wednesday, October 15, 2008

#13 Panggil Aku Pheng Hwa - Veven Sp Wardhana

Pheng Hwa sekali lagi

Di kuliah hari ini kami telah melihat sekali lagi cerpen Pheng Hwa yang pernah diketengahkan di kuliah yang lalu. Namun aktiviti kali ini lebih menarik; setiap dari kami diberi peranan yang berbeza-beza.

Aktiviti yang harus kami lakukan dibahagi kepada 5 .

#1

Aktiviti pertama memerlukan kami untuk memilih beberapa petikan dari teks dan meyuruh murid-murid membacanya.

Dari nada dan tona bacaan haruslah dapat digarap pemahaman murid itu mengenai petikan yang dipilih. Apa yang menarik ialah murid-murid akan memahami petikan itu degan cara yang berbeza.

Pada hemat saya aktiviti ini adalah menarik dan akan lebih menekankan bahawa sastera adalah sesuatu yang subjektif . Namun kita harus ingat bahawa walaupun sastera sesuatu yang subjektif, ia haruslah konsisten dan haruslah ada bukti yang menyokong pemahaman kita itu .

Dari aktiviti ini juga ia membolehkan murid-murid mempraktikan dan memperbaiki kemahiran mereka yang lain. Iaitu kemahiran berdialog dan juga memupuk kekreatifan di dalam cara mereka menyampaikan petikan yang telah dipilih itu .

#2

Aktiviti yang kedua adalah meneliti bukti-bukti di dalam teks Pheng Hwa untuk menyiapkan profil Pheng Hwa. Aktiviti akan dapat melatih murid-murid agar mencungkil bukti-bukti dalam teks dengan cara yang sistematik. Ia juga akan memperkukuhkan kemahiran mereka untuk meyakinkan orang lain mengenai pendapat mereka dengan menggunakan bukti-bukti yang sahih. Contohnya jika murid itu mengatakan profil watak itu adalah seorang yang pemarah, haruslah murid itu mengetengahkan bukti-bukti dari teks yang menunjukkan sifat itu.

Untuk membuat aktiviti ini lebih menarik lagi mungkin murid-murid harus mengambil peranan sebagai seorang pegawai polis atau detektif yang hendak menjejak Pheng Hwa.

Ataupun murid-murid boleh menyiapkan profil-profil beberapa orang watak. Justeru menyampaikannya di hadapan kelas tanpa memberitahu kelas siapakah watak itu dahulu. Kemudian murid-murid lain haruslah meneka siapakan watak yang sedang diketengahkan itu.

#3

Aktiviti yang ketiga memerlukan murid-murid menuliskan sambung jalan cerita Pheng Hwa dan memikirkan dengan cara yang kreatif tentang apa yang mungkin telah jadi kepada Pheng Hwa. Aktiviti ini bukan sahaja memerlukan murid-murid memahami teks itu tetapi juga memaksa murid-murid untuk berfikir dengan cara kreatif untuk meyambung cerita itu. Namun di samping menggunakan kekreatifan mereka , mereka juga harus memastikan bahawa jalan cerita akhir yang mereka lakarkan haruslah selari dangn informasi-informasi yang terdapat di dalam teks. Akhir jalan cerita mereka juga haruslah bedasarkan informasi-informasi yang dapat mereka cungkil dari teks tersebut.

Justeru aktiviti ini akan melatih murid-murid bukan sahaja untuk untuk menjadi kreatif tetapi untuk melatih mereka untuk melakarkan jalan cerita yang sistematik dan berasaskan informasi dan bukti-bukti tertentu yang boleh dicungkil dari teks.

#4

Aktiviti yang keempat pula memerlukan murid-murid untuk mengambil peranan seorang peguam dan mengetengahkan hujah-hujah akan kepentingan yang ada pada nama. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneliti dengan lebih mendalam lagi isu nama yang telah diketengahkan di dalam cerpen Pheng Hwa ini. Aktiviti sebegini akan lebih menarik perhatian muid-murid. Ia memerlukan mereka mengambil peranan yang berbeza selain dari menjadi seorang pelajar. Ini adalah penting kerana sering kali murid-murid berasa bosan menjadi murid semata. Adakalanya mereka ingin meletakkan diri mereka di perspektif lain .

#5

Aktiviti yang kelima pula memerlukan murid-murid untuk berpidato. Sekali lagi aktiviti ini melatih murid-murid untuk menjadi kreatif dan memberi mereka peluang untuk mempraktikan kemahiran mereka yang lain iaitu “public speaking”. Aktiviti ini juga akan melatih murid-murid untuk meyakinkan orang lain mengenai pendapat-pendapat mereka. Kemahiran ini penting kerana dalam sastera ia adalah penting bagi seorang pelajar itu untuk meyakinkan orang lain tentang pendiriannya.

Kelima-lima aktiviti ini telah memberi nafas baru bagi pengajaran sastera. Ia memberi murid-murid ruang untuk menggunakan kekreatifan mereka dan juga memupuk kemahiran yang lain di dalam diri mereka. Aktivit-aktiviti ini juga menekankan bahawa sastera sesuatu yang subjektif dan melatih pelajar untuk menerima bahawa tiada salah dan betul dalam sastera. Yang penting adalah mempunyai bukti-bukti dan cara penerangan yang sistematik agar boleh menyakinkan orang lain tentang tafsiran mereka itu.

Tuesday, October 14, 2008

#12 Pulang- Muhammad Haji Salleh

Sajak –Pulang

Di kuliah hari ini telah dibacakan kepada kami sajak Pulanglah. Sajak ini seperti yang kita semua sedia maklum mengenai persona yang telah pulang ke kampungnya dan menyedari bahawa telah terdapat banyak perubahan dari segi luaran dan juga dalaman. Di dalam sajak itu beliau juga mengimbas kembali zaman lampaunya ketika hidup di suasana kampung. Beliau juga mengetengahkan tentang perbezaan antara dahulu dan kini.

Setelah sajak ini dibacakan, Jun mengetengahkan persoalan bahawa adakah sesuai bagi kita untuk memberi pelajar kita teks ini. Ini adalah kerana

a.sukar bagi murid-murid untuk mengimaginasikan suasana kampung

b.kita sendiri sebagai guru tidak pernah mengalami kehidupan di kampung, layakkah kita memperkatakan dan menerangkan kepada mereka kehidupan di kampung ini ?

Pada pendapat saya, ia tidak ada masalah bagi kita untuk memberi teks ini kepada para pelajar. Ini adalah kerana ia adalah melalui pembacaan di mana seseorang itu dapat mengenali akan hal perihal dunia. Ia adalah melalui pembacaan di mana imaginasi sesorang itu dapat diperkembang. Seseorang itu dapat mengenal dunia dengan pembacaan. Jadi pada hal ini saya rasa tidak ada masalah bagi mengenalkan para pelajar kepada sesuatu yang mereka tidak tahu langsung. Malahan ia adalah lebih baik jika begitu kerana ia akan memberi ‘value-add” kepada pelajaran itu.

Saya juga rasa ia tidak menyebabkan apa-apa masalah jika sesorang guru itu tidak pernah mengalami apa yang sedang diketengahkan di dalam cerpen itu. Jadi walaupun saya sebagai seorang guru tidak pernah mengalami kehidupan di kampung ini tidak bermana saya tidak boleh membincangkan tentangnya. Yang penting ialah sebelum pengajaran, saya haruslah membuat kajian dan rujukan sendiri agar lebih berpengetahuan dan dapat menyampaikan maklumat itu kepada para pelajar.

Justeru di sini ingin saya ketengahkan bahawa tidak penting jika kita pernah mengalami apa yang ditulis dalam sajak itu atau tidak. Tidak guna kita berikan sajak kepada para pelajar tentang perkara-perkara yang sudah lali mereka lalui. Mereka akan naik bosan dan tidak akan berlakunya sesuatu pertumbuhan (development) minda. Mereka haruslah diperkenalkan dengan perkara-perkara yang baru .

Wednesday, October 1, 2008

#11 Aku Parasit Lajang Ayu Utami

Aku Parasit lajang.

Cerpen ini telah dibacakan di dalam kelas. Pada pendapat saya, cerpen ini cukup menarik kerana ia mengetengahkan isu-isu yang memberi nafas baru. Cerpen ini mengetengahkan isu yang dihadapi oleh persona cerita itu. Persona itu disifatkan sebagai parasit lajang kerana beliau masih berbujang walaupun sudah mencecah usia yang sepatutnya berumah tangga.

Namun persona ini tidak malu ataupun segan dengan panggilan yang telah diberikan kepadanya. Sebaliknya beliau bangga kerana dipanggil parasit lajang. Pada hemat saya kebangganan ini adalah kerana pada pendapat beliau, bukan semua orang boleh disifatkan sebagai parasit lajang. Hanya wanita yang berpendidikan dan berpendirian sendiri boleh dipanggil parasit lajang . Beliau berpendapat bahawa tidak semua wanita berkesempatan untuk mempunyai kebebasan yang diraihnya itu dan beliau tidak kisah walaupun diberi panggilan yang kurang enak didengar asalkan dapat melakukan sesuka hatinya.

Saya rasa cerpen ini amat menarik kerana ia seolah mencetus pemikiran saya. Tidak pernah terlintas di minda saya bahawa ibu bapa saya akan menyifatkan saya sebagai seorang parasit. Namun apabila difikirkan dengan lebih mendalam saya cukup yakin bahawa saya juga boleh dipanggil seorang parasit lajang. Namun tidak seperti persona cerpen itu, saya masih kurang senang dengan panggilan itu. Ini kerana sememangnya parasit membawa konotasi yang kurang enak.

Dari cerpen ini juga tercetus satu perbincangan akan unsur-unsur patriakal yang sering tersurat dan tersirat di dalam kehidupan kita. Ia memberi kesedaran bahawa adakalanya unsur-unsur patriakal ada di dalam kehidupan kita tanpa kita sedari . Persona di dalam cerpen itu sememangnya hendak cuba bebaskan dirinya dari unsur-unsur patriakal itu dan ingin mengadakan kesedaran dalam pembaca-pembacanya mengenai unsur-unsur patriakal yang sedia ada di dalam masyarakat.

Cerpen ini seolah-olah memberi nafas baru kepada watak wanita yang seringkali terdapat di dalam karya-karya. Karya-karya sering kali berunsur didatik dan mengetengahkan bagaimana seseorang wanita harus bersifat agar tidak melanggar schema patriakal di dalam masyarakat. Namun di dalam cerpen Parasit Lajang ini , ia tidak memaparkan bagaimana wanita harus bersifat namun merangsang kaum wanita agar memeluk hak saksama mereka.

Saya rasa cerpen ini sesuai diberikan kepada para pelajar kerana ia akan mencetuskan minda mereka untuk berfikir tentang isu “gender” dan mencungkil unsur-unsur patriakal yang sentiasa ada di dalam masyarakat kita ini .