Wednesday, September 10, 2008

#2

Kuliah kedua kami telah disoal mengenai apakah erti sastera kepada kami.

Jun telah memulakan perbincangan dengan mengatakan bahawa beliau menganggap sastera sebagai sesuatu yang khusus contohnya sastera klasik. Ada juga yang mengatakan bahawa sastera itu adalah sesuatu yang bebas dan subjektif- tiada salah atau betul.

Dari kuliah ini beberapa tanggapan saya terhadap sastera telah bertukar. Saya dahulu bertanggapan bahawa sastera adalah sesuatu yang “rigid” dan juga yang khusus terhadap sesuatu “genre” sahaja. Namun kini saya sedar bahawa apa-apa sahaja yang boleh ditafsirkan boleh dianggapkan sebagai sastera.

Lagi satu perkara yang saya telah dapat dari kuliah ini adalah penulis sesebuah sastera tidak semestinya bertujuan untuk memberi sesuatu makna terhadap penulisannya. Kita sebagai pembaca boleh memberi pelbagai tafsiran mengenai sesuatu penulisan itu, namun berkemungkinan si penulis langsung tidak bermaksud begitu ataupun tidak berhajat pun untuk memberi makna kepada penulisan itu.

Bahagian kedua kuliah, Prof Razif telah mengenalkan kepada kami 2 peringkat ketika membaca sesebuah karya

- kualiti-kualiti peribadi pembaca yang mempengaruhi respons

- fitur-fitur tekstual yang boleh mempengaruhi respons pembaca

Lantas kami pun diberi 2 buah cerpen yang harus kami tafsirkan mengikut 2 peringkat tersebut.

Jika mengaitkan kembali kepada tugas saya sebagai seorang guru sastera , ia adalah penting bagi saya untuk menyedari bahawa kualiti-kualiti peribadi pembaca amatlah mempengaruhi responsnya mengenai sesuatu teks itu. Di sini ia bermakna sebagai guru saya akan menerima para pelajar yang datang dari latar belakang yang berbeza-beza lantas mereka mempunyai kualiti-kualiti peribadi yang berbeza. Dan ini semua akan mempengaruhi respons-respons mereka terhadap sesuatu teks. 

Lantas sebagai guru saya harus lebih prihatin akan kualiti-kualiti peribadi mereka yang berbeza ini kerana ia akan banyak mempengaruhi cara-cara mereka memahami dan menafsirkan sesuatu teks. Saya juga harus faham bahawa oleh disebabkan kualiti-kualiti peribadi mereka yang tersendiri adakalanya murid-murid tidak akan dapat memahami pendapat kita atau penafsiran kita terhadap sesuatu teks.

Contohnya jika kita memberi mereka sesebuah cerpen mengenai sesebuah keluarga yang bahagia. Ia akan mungkin menjadi susah bagi sesorang pelajar yang datang dari keluarga pincang untung memahami atau mentafsirkan konsep keluarga bahagia. Justeru sebagai guru kita haruslah bersifat prihatin dan sensitif terhadap isu-isu sebegini.

No comments: