Saturday, September 13, 2008

#5 Cinta Kimia

Dalam kuliah ini saya telah diminta untuk berkongsi bersama kelas sesuatu bahan bacaan yang saya rasakan menarik dan mungkin boleh digunakan sewaktu mengajar nanti.Saya telah berkongsi bersama rakan-rakan sebuah puisi kimia.

Puisi Kimia

Sudah Sekian lama kita bersama

memadu kasih, membagi cinta

susah senang kita bersama

mengarungi dunia bagai konvigurasi elektron

Namun, kini cinta kita berubah

aku tak tahu apa yang tengah terjadi

apakah cinta kita sedang mengalami korosi

atau cinta kita sedang mengalami reaksi

yang begitu dahsyat

entahlah??

bahkan seorang Einsten pun tak mampu menjawabnya

ku ingin mendapatkan kasih sayangmu lagi

kuharap

dengan menggunakan beberapa metode

aku bisa mendapatkan partikel-partikel cintamu

sehingga aku bisa memilikimu lagi

seutuhnya.

Di berikan oleh Ahmad Busro Nuddin saat Rabu, Agustus 06, 2008

Ada beberapa alasan mengapa saya rasa puisi itu amat menarik dan sesuai jika ditunjukkan kepada pelajar-pelajar di hari kelak.

Pertama sekali, penulis puisi itu telah mendapat perhatian saya kerana penggunaan unsur-unsur kimia di dalam sastera. Ini saya rasa amatlah menarik dan pelajar-pelajar juga akan rasa tertarik kepada puisi sebegini. Lebih–lebih lagi pelajar-pelajar yang sedang mempelajari ilmu kimia. Mereka akan rasa kagum bahawa sastera melayu juga boleh merangkumi ilmu-ilmu lain. Justeru puisi ini akan dapat memberi mereka persepsi yang berbeza dan segar mengenai sastera melayu.

Selain dari itu, puisi kimia ini bukan sahaja mengatakan tentang kimia semata. Sebaliknya , puisi kimia ini membawa makna yang tersirat yakni menceritakan perihal cinta. Lantas saya rasa puisi ini tentu sekali akan menarik minat para perlajar. Ini adalah kerana memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa ketika peringkat umur mereka baru mencecah remaja mereka baru hendak berjinak-jinak dengan perkataan cinta. Pada mereka cinta itu adalah sesuatu yang besar dan mereka kagum dengan hal perihal cinta. Namun ini tidak bermaksud sebagai seorang guru kita menggalakkan mereka bercinta tetapi dengan mengetengahkan puisi itu kepada mereka ia bertujuan untuk memberitahu mereka bahawa sebagai seorang guru kita prihatin akan masalah-masalah dan isu-isu yang mereka sendang hadapi. Ia juga seperti menunjukkan kepada mereka yang kita inigin mendekati jiwa mereka dan ingin cuba memahami naluri mereka sebagai seorang remaja.

Sebagai seorang guru sastera , tugas kita bukan untuk mengajar teks semata-mata. Sebaliknya, kita juga mempunyai tugasan yang tidak tertera secara hitam putih, iaitu mengajar murid-murid kita nilai-nilai yang murni dan juga kemahiran hidup. Justeru saya rasa puisi kimia ini adalah salah satu cara untuk kita sebagai seorang guru sastera cuba mencapai matlamat ini.

Di dalam puisi ini jika kita kupaskan akan terdapat beberapa nilai-nilai yang bagus yang boleh kita terapkan ke dalam pelajar-pelajar .

Contohnya dalam rangkap ini

“Namun, kini cinta kita berubah

aku tak tahu apa yang tengah terjadi

apakah cinta kita sedang mengalami korosi

atau cinta kita sedang mengalami reaksi

yang begitu dahsyat

entahlah??

bahkan seorang Einsten pun tak mampu menjawabnya”

Rangkap ini menunjukkan bahawa dalam alam percintaan adakalanya kita tidak akan dapat segala jawapan yang hendak kita dapatkan.

Ayat 

“bahkan seorang Einstein pun tak mampu menjawabnya” seolah memberitahu kita bahawa dalam hal perihal cinta walaupun orang yang bijak seperti Einstein tidak mampu menjawab segalanya."

Ini penting bagi pelajar-pelajar kita tahu kerana adakalanya pelajar-pelajar berasa amat gelisah dan runsing apabila mereka tidak dapat menjangka hal perihal cinta. Mereka rasa seolah-olah mereka seorang yang gagal dan kayakinan diri mereka akan terjejas. Justeru adalah penting kita sebagai seorang guru untuk memberitahu mereka bahawa dalam alam percintaan kegagalan dan kebuntuan adalah perkara yang norma. Namun agaklah aneh jika kita memberitahu mereka secara rambang sahaja. Sebaliknya melalui kupasan puisi kimia ini kita boleh menyelitkan kata-kata hikmah kita kepada pelajar-pelajar tanpa mereka sedari.

Seterusnya, dalam ayat “aku bisa mendapatkan partikel-partikel cintamu sehingga aku bisa memilikimu lagi seutuhnya”,

kita boleh memulakan sesuatu perbincangan dengan murid-murid tentang pendapat mereka mengenai pemilikan cinta. Dengan perbincangan ini kita boleh secara tidak langsung mengetengahkan kepada mereka isu-isu mengenai pemilikan cinta. Kita boleh dengan secara tidak langsung menasihati mereka bahawa di dalam alam percintaan pemilikan bukanlah segalanya dan mereka tidak harus terlalu bersedih jika tidak dapat mengecapi cinta yang hendak mereka miliki.

Justeru melalui kuliah ini boleh dirumuskan bahawa sebagai guru sastera kita ada tugas yang lebih berat yang kita harus lakukan selain dari menyampaikan ilmu sastera; kita juga berperanan untuk menerapkan ilmu-ilmu kehidupan atau lebih dikenali sebagai “life-skills” kepada mereka. Penerapan life-skills ini haruslah dilakukan dengan secara “subtle” supaya lebih diterima oleh pelajar-pelajar.

Kuliah ini juga menunjukkan bahawa untuk mengajar sastera kita harus pandai menarik minat dan perhatian murid-murid. Murid-murid senang merasa bosan dan mereka amat sukakan perkara yang baru dan unik. Justeru adalah penting ketika kita mengajar sastera kita sentiasa memperkenalkan jenis-jenis yang berbeza dan lain dari yang lain. Ie puisi-puisi seperti puisi kimia agar dapat menarik perhatian mereka dengan lebih berkesan lagi.

No comments: