Sunday, September 7, 2008

#1 Pertama kali

Kelas sastera yang pertama membawakan perasaan yang menggerunkan.

Saya tidak tahu apa yang hendak dijangkakan.

Sudah lama tidak mengambil bahasa Melayu apatah lagi sastera.

Kali terakhir saya menulis atau menganalisasi sebarang teks dalam bahasa Melayu adalah ketika di bangku sekolah menengah.

Sewaktu di NUS pernah saya mengambil 2 modul sastera namun ia diajar dalam bahasa Inggeris dan lebih cenderung kepada unsur-unsur sosial.

Aktiviti yang dilakukan sewaktu kelas pertama amat menarik. Lain dari yang lain.

Berbeza dari aktiviti kenal-mengenal yang pernah saya turuti.

Prof Razif mengenalkan kepada kami 5 unsur-unsur sastera iaitu

Allegi – menulis sesuatu dengan nada yang serius

Alliterasi – Big Ball on the Beach

Kuplet- 2 barisan yang mempunyai penghujungan yang sama

Oxymoron – 2 perkataan yang mempunyai makna yang bercanggahan

Metafora- mengibaratkan sesuatu dengan sesuatu hal yang lain

Kemudian kami disuruh untuk menulis eulogi kami sendiri yang harus mengandungi bukan sahaja 5 unsur-unsur berikut tetapi eulogi kami harus mengandungi jawapan kepada soalan-soalam Prof Razif

Pada mulanya otak saya terasa amat buntu dan tugasan yang diberikan terasa amatlah berat.

Namun setelah setengah jam telah dapat saya menulis eulogi yang serba tidak mencukupi.

Eulogi yang ditulis

diriku ibaratkan seperti telur
keras di luar lembut di dalam


kerjaya idaman sememangnya guru
inilah cita-cita sejak dahulu


citarasa pakaian sentiasa berubah
beli baju tak sudah-sudah


buku yang membawa kesan adalah " The five people you meet in heaven "
mengajar ku bahawa segalanya berlaku kerana ada sebab tertentu


ingin sekali kembali ke zaman kanak-kanak
di mana masalah hanya segelintir


Setelah melakukan aktiviti penulisan eulogi itu, saya sedar bahawa tidak mudah bagi seseorang itu menulis mengenai dirinya sendiri. Ini saya rasa kerana mungkin kita akan berfikiran bahawa jika kita menulis mengenai diri kita sendiri kita mungkin akan melambung-lambung atau akan terlalu kritikal diri kita sendiri. Ini kemudian menimbulkan sesuatu persoalan di minda saya- “Siapakah yang lebih mengenali diri kita sendiri? Kita sendiri ataupun orang lain ?”

Saya rasa ia memanglah tidak boleh dinafikan bahawa sememangnya ia wajarlah jika kitalah orang yang paling tahu tentang diri kita sendiri. Namun adakalanya orang lain lebih mengenali diri kita. Ini adalah kerana adakalanya diri kita tidak perasan tentang ciri-ciri yang kita perolehi ataupun pun boleh jadi kita dalam sifat “denial” dan tidak mahu mengakui akan ciri-ciri yang terdapat dalam diri kita. Justeru di dalam situasi-situasi bergini orang lain yang lebih tahu tentang hal perihal diri kita.

Rumusan yang telah saya dapat dari kuliah ini adalah ia membuat saya sedar bahawa sebagai seorang guru sastera merasakan gerun memasuki kelas sastera apatah lagi murid-murid. Justeru sebagai guru haruslah saya sentiasa mengingati bahawa di sebalik riak luaran pelajar-pelajar saya yang mungkin kelihatan "macho" ataupun yakin mereka mungkin sebenarnya merasa gerun ataupun takut akan pelajaran sastera.

Perkara yang kedua yang telah saya pelajari dari kuliah ini adalah sebagai guru amalah penting bagi kita untuk selalu cuba akan aktiviti-aktiviti yang baru untuk dilakukan dalam pengajaran sastera. Murid-murid gemarkan "novelty" dan akan perkara-perkara yang tidak pernah mereka lakukan.

Perkara yang ketiga pula dari sesi menulis eulogi itu saya telah sedari bahawa ada kalanya amatlah susah bagi sesorang itu untuk mengekspresikan diri mereka. Dan ia penting bagi kita untuk menyedari perkara ini. Ini adalah kerana akan terdapat segolongan pelajar-pelajar yang amat susah untuk mengekspresikan diri mereka. Justeru sebagai guru kita harus memikirkan kaedah-kaedah yang berkesan supaya kita dapat membantu mereka.

Lagi satu persoalan yang timbul setelah melakukan aktiviti eulogi ini ialah ia membuat ku terfikir bahawa hal-hal apakan yang akan orang menulis tentang ku jika andainya ku pergi. Adakah yang yang baik , yang buruk ataupun lebih teruk lagi tidak tulis langsung.

No comments: