Di dalam kuliah Prof Razif telah membincangkan tentang sastera remaja. Sememangnya golongan pelajar yang saya dan rakan-rakan di kelas sebagai guru akan mengajar kelak adalah golongan remaja. Justeru adalah penting bagi kita sebagai guru untuk mengetahui bagaimana untuk kita mengajar sastera kepada remaja-remaja ini.
Dengan itu perkara yang paling penting sebelum kita mula perjuangan kita dalam mengajar sastera kepada-kepada remaja haruslah kita cuba memahami golongan yang digelar remaja ini. Hanya dengan mengenali dan mendekati jiwa mereka barulah kita boleh mengajar sastera dengan cara yang lebih berkesan lagi. Ini adalah kerana ia adalah penting bagi kita mengetahui apa yang mereka minati dan apakah yang mereka gemari. Hanya dengan kita mendekati mereka barulah kita boleh tahu cara pengajaran yang bagaimana terbaik untuk menyampaikan ilmu sastera.
Di sini ia bermakna dalam pengajaran haruslah kita mengubahsuaikan cara kita mengajar mengikut rentak mereka. Contohnya teks-teks yang kita berikan kepada mereka haruslah lebih cenderung kepada minat-minat mereka. Cara kita mengajar juga haruslah menggunakan kaedah-kaedah yang unik dan canggih iaitu seperti menggunakan teknologi–teknologi terkini.
Sebagai guru kita juga haruslah sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu dan permasalahan remaja kini. Ini adalah kerana dengan mengambil tahu tentang isu-isu sebegini kita boleh berada di mukasurat yang sama seperti mereka dan lebih mudahlah bagi kita untuk memahmi jiwa mereka dan mencari cara-cara untuk memupuk minat mereka kepada sastera.
Contohnya ketika kita hendak mengajar mereka tentang cara-cara untuk menafsirkan sesuatu kita tidak semestinya menggunakan teks yang sudah ditetapkan dalam sukatan sebaliknya sebagai aktiviti-aktiviti permulaan kita boleh memberi mereka sebuah petikan lirik lagu untuk mereka tafsirkan. Lagu yang dipilih mungkin boleh cenderung kepada minat mereka. Justeru mereka akan lebih minat dan bermotivasi untuk menafsirkan lagu itu. Apabila sudah ada sifat minat dalam diri mereka barulah kita boleh dengan perlahan memperkenalkan kepada mereka teks-teks yang berunsur lebih serius lagi.
Pengajaran sastera tidak boleh lagi diajar dengan kaedah lama dimana guru sastera menentukan penafsiran sesebuah teks dan kemudiannya menyampaikan tafsiran itu kepada murid-murid dan menyuruh mereka menerima tafsiran itu. Sebaliknya, sastera kini harus diajar melalui dua haluan (two way traffic). Penafsiran teks haruslah dilakukan bersama-sama dengan cara perbincangan dimana kedua-dua pelajar dan guru memberi pendapat mereka. Di sini kita dapati bahawa dalam pelajaran sastera bukan sahaja guru mengajar namun adakalanya sebagai guru kita juga ada banyak yang boleh dipelajari dari murid-murid. Adakalanya murid-murid akan memberi penafisarn teks yang cukup unik yang mungkin kita sebagai guru tidak terfikirkan pun.
Justeru kita dapati bahawa tugas guru sastera hanyalah sebagai 'facilitator' dan bukan penyampai informasi. Kita boleh memberi mereka haluan tujuan dalam sesuatu perbincangan teks namun isi kandungan perbincangan itu seharusnya datang dari para pelajar itu sendiri. Pelajar-pelajar haruslah digalakkan untuk mencetuskan ide-ide mereka sendiri. Dengan cara ini mereka akan lebih bangga dengan diri mereka sendiri dan ini akan memupuk keyakinan diri mereka. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab dan merasakan bahawa mereka mempunyai hak dalam pembelajaran mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment