Monday, September 15, 2008

#6 yang berat dan yang ringan

Di dalam kuliah ini beberapa isu yang telah dikentengahkan melalui pembentangan yang telah dilakukan oleh saya, Junaidah dan Marrissa.

Rata-ratanya, ketiga-tiga pembentangan membuat perbandingan antara sastera ringan yang sering dianggap bersifat komersial semata dan kurang berkualiti dari segi intelek dan mempunyai nilai-nilai kurang elok dengan sastera kanon yang disifatkan sebagai sastera yang intelek dan lebih patut dibaca.

Di dalam pembengtangan saya, salah satu isu yang sata ketengahkan adalah: “Yang mana yang lebih dipentingkan kualiti atau kuantiti pembacaan?”

Di sini saya membawa contoh peajar-pelajar zaman sekarang yang hanya meminati sastera ringan. Ramai pelajar kini amat berminat dngan sastera sebegini dan mereka takut dan bosan akan sastera kanon yang lebih bersifat intelek.

Justeru sebagai guru haruskah kita menghalang mereka dari membaca sastera sebegini? Adakah penghalangan kita itu akan membuat mereka membaca langsung? Situasi mana yang kita mahukan?

“Pelajar yang tidak membaca langsung atau pelajar yang membaca tetapi membaca bahan-bahan yang kurang bersifat intelek ?”

Di sini saya rasakan bahawa tidak salah jika pelajar-pelajar membaca sastera ringan. Ini adalah kerana seperti yang Marrissa katakan pembacaan sastera ringan adalah sebuah fasa yang hampir setiap remaja lalui. Malahan, bukan Marissa sahaja tapi kebanyakan dari kami di dalam kuliah itu juga pada satu ketika dahulu pernah meminati sastera sedemikian.

Saya rasa lebih baik mereka membaca sesuatu dari tidak membaca langusung. Mungkin juga dari pembacaan sastera ringan ini ia akan dengan perlahan memupuk minat mereka membaca jenis-jenis sastera yang lain .

Ini membawa saya ke fakta yang lagi satu . Saya rasa sebagai seorang guru kita tidak boleh terlalu memaksa atau pun “rigid” dalam pengajaran kita. Kita harus memberi murid-murid pilihan. Ini adalah kerana sememangnya, remaja memang suka diberi pilihan, Dengan cari ini, mereka akan merasakan bahawa kita hormat kepada mereka dan menganggap mereka sebagai orang dewasa. Dengan cara ini mereka akan lebih berminat untuk mempelajari sastera. Kerana ilmu sastera itu tidak diberikan kepada mereka secara paksaan tetapi dengan memberi mereka pilihan, memberi rasa bahawa mereka mempunyai hak dalam pembelajaran mereka.

Kita sebagai guru juga harus memainkan peranan pembimbing dan bukan hanya pemberi maklumat. Zaman telah berubah dan kita tidak seperti guru-guru di zaman dahulu dimana mereka hanya mengamalkan cara "spoon-feeding”. Berbalik kepada isu sastera saya rasa sebagai seorang guru sastera kita harus memberi pelajar-pelajar kita pilihan sastera mana yang mereka hendak baca. Kita harus mengenalkan kepada mereka sastera secara bertahap-tahap. Mungkin kita boleh memberi mereka sedikit kelonggaraan: satu minggu membaca sastera ringan dan satu minggu lagi membaca sastera berat. Dengan cara ini terbinalah satu keseimbangan dan murid- murid juga tidak akan rasa mereka dipaksa malah sebaliknya mereka akan rasa mereka diangggap seperti orang dewasa dan inilah yang selalu dikehendaki oleh pelajar.

Namun dalam memberi kelonggaran kepada para pelajar kita, kita harus sentiasa mengingati diri kita bahawa pelajar-pelajar ini semangnya belum mencapai tahap kematangan yang maksimum. Justeru kita tidak boleh melepaskan mereka begitu sahaja. Mereka diibaratkan seperti layang-layang. Kita harus tahu bila hendak menarik dan bila hendak melepaskan. Dan ini boleh dikaitkan dalam pengajaran sastera. Memang tidak boleh dinafikan bahawa mereka harus diberi pilihan dan kelonggaran atas pembelajaran sastera namun pada masa yang sama kita sebagai guru haruslah memberi bimbingan kepada mereka. Kita harus memberikan mereka “scaffolding”. Contohnya apabila kita mengajar mereka sastera kita harus lah memberi mereka bimbingan dan mengajar mereka cara cara untuk menapis dan menafsirkan informasi . Ini adalah kerana selalunya jika kita menyuruh murid-murid membaca mereka akan membaca semata, entah faham atau tidak . Dengan “ scaffolding” dan bimbingan yang bernas, saya rasa tidak kiralah sastera yang sebagaimana seseorang pelajar itu baca. Dengan ini saya rasa yang lebih penting ialah cara pengajaran sastera dan bukan jenis sastera. Dan itu lah tugas kita sebagai guru sastera itu untuk membimbing anak murid kita.

Pembentangan Marrissa dan Junaidah juga mengetengahkan isu-isu sastera ringan vs sastera berintelek. Marrissa telah mengatakan bahawa sastera ringan adalah titik permulaan baginya untuk meminati bahasa melayu dan sastera melayu. Dan saya amat setuju dengan pandangannya. Seperti yang telah saya katakan tadi kita haruslah memperkenalkan sastera kepaada murid-murid dengan cara bertahap. Mungkin jika guru Marrissa pada ketika dahulu telah menghalangnya membaca sastera ringan beliau tidak akan berada di NIE mengambil pengkhususan bahasa Melayu.

Justeru saya rasa dalam sastera sememangnya tidak ada hitam putih dan samalah seperti pembahagian jenis-jenis sastera. Kita tidak boleh memecah-belahkan sastera kepada sastera yang intelek dan sastera yang kurang intelek. Sebaliknya kita harus membahagikannya sebagai cara pengajaran sastera yang berintelek dan bukan berintelek. Ini adalah kerana pada akhirnya keputusan yang kita hendaki dari akhir pengajaran sastera adalah supaya pelajar-pelajar kita meminati sastera dengn seadanya dan bukan kerana hendak melulus peperiksaan semata-mata.

Ini membawa kita kepada fakta yang lagi satu yakni, tujuan pembelajaran sastera ataupun fungsi sastera dalam hidup kita atau hidup pelajar-pelajar kita. Prof Razif telah mengatakan bahawa sememangnya adakala kita hanya mahu membaca sastera sekadar untuk hiburan lantas, kerana itulah kita membaca sastera saterua ringan. Sama juga dengan perihal murid-murid kita, kita tidak seharusnya memaksa murid-murid memilih apakah fungsi sastera dalam hidup mereka. Kita hanya boleh memberi mereka pilihan akan apakah fungsi-fungsi sastera tetapi yang membuat pilihan itu adalah murid-murid itu sendiri. Sama ada murid-murid belajar sastera kerana mereka betul-betul meminatinya, sekadar untuk hiburan, sebagai pedoman hidup ataupun hanya untuk memenuhi kehendak pihak sekolah itu berbalik kepada cara kita mengajar dan memperkenalkan sastera kepada mereka. Dengan itu sememangnya tugas kita sebagai seorang guru sastera amatlah rumit dan susah. Namun ini tidak bermakna, kejayaaan tidak dapat dicapai.

No comments: