Di kuliah kami telah diberikan teks Seri Perjalanan untuk melakukan beberapa aktiviti. Teks ini sememangnya bukan seperti teks-teks melayu yang sering kami baca. Teks ini bermain dengan minda imaginasi kita dan juga memerlukan pengetahuan luaran .
Perkara-perkara yang telah dipelajari sewaktu diskusi teks Seri Perjalanan
#1
Dari perbincangan teks ini saya telah sedar bahawa ketika membaca sesebuah teks adalah penting bagi kita untuk meneliti penggunaan kata dan cara dan perspektif penulisan karya itu . Hanya dengan penelitian yang peka barulah kita boleh memahami teks itu degan lebih dalam lagi.
Contohnya penelitian penggunaan kata di dalam Seri Perjalanan ialah penggunaan istilah-istilah sains sering kali digunakan di dalam cerpen ini. Penggunaaan istilah-istilah sains ini memberi makna yang mendalam bagi cerpen ini. Seseorang pembaca tidak akan mendapat makna yang sepenuhnya jika beliau kurang mengerti istilah-istilah sains tersebut. Ia akan memberi impak yang berbeza daripada orang yang peka dan faham akan istilah-istilah tersebut. Justeru di sini kita lihat bagaimana kata-kata penting bagi membina makna sesuatu teks itu.
Selain penggunaan kata, alat-alat sastera (literary device) juga penting dalam pemahaman cerpen Seri Perjalanan ini. Melalui aktiviti yang telah diberikan kepada kami, Jun telah diberi tugas agar mengenal pasti alat-alat sastera yang telah digunakan dalam teks ini agar memberi makna yang lebih mendalam ketika membaca teks. Contoh alat sastera yang telah dikemukakan oleh Jun adalah penggunaan hyberbolar dalam teks. Hyberbolar ini adalah kaedah melebih-lebihkan (exaggeration) untuk memberi makna yang lebih mendalam atau lebih dramatik. Selain itu , penggunaan alat sastera “irony" juga digunakan beberapa kali di dalam teks. Terdapat beberapa jenis “irony” yang digunakan di dalam teks: “situational irony" , “dramatic irony" dan “verbal irony". Salah satu "irony" yang diketengahkan adalah dalam bahagian keempat cerpen di mana pesona mendapati teksi itu berbau busuk, namun di akhir cerita beliau dapati sebotol minyak wangi di hadapan teksi itu. Juga dalam bahagian ketiga cerpen itu, ia begitu ironis apabila misteri yang dicari-cari persona itu hanyalah sabun.
Pengunaan kata-kata yang tepat dan juga alat-alat sastera sudah tentu memberi makna yang lebih mendalam kepada cerpen ini. Ia bukan sahaja memberi keindahan estetik kepada teks tetapi juga penting bagi membuat cerpen ini lebih meyakinkan lagi dan menyampaikan mesej cerpen ini dengan lebih bernas.
#2
Dari perbincangan teks ini juga telah saya sedar akan “parallelism”; makna yang hendak disampaikan dengan keindahan sastera itu sendiri. Tafisiran cerpen ini adalah ia hendak menunjukkan bahawa di dalam kehidupan kita, seringkali kita ada perkara yang tidak mempunyai rasionalnya ataupun kita tidak tahu mengapa sesuatu perkara itu terjadi yang kita tahu ianya terjadi. Contohnya kita tidak tahu mengapa ikan berenang mengikut sesuatu jalanan, mereka sememangnya begitu. Sama juga di dalam cerpen di mana persona tidak tahu mengapa kupu-kupu berterbangaan ke arah satu tujuan. Ia adalah sebuah misteri yang si persona ingin mencungkil.
Ini boleh disamakan dengan sastera di mana sering kali kita tidak boleh tentukan arah tujuannya. Setiap kali kita membacanya ia akan membawa kita kepada arah tujuan yang lain. Inilah keindahan sastera; ia tidak ada peraturan yang harus diikuti .
#3
Cerpen Seri Perjalanan ini juga memberi nafas baru kepada penulisan cerpen. Sering kali karya-karya yang para pelajar terdedah kepada ialah karya-karya berunsur realitas dan berpijak kepada bumi nyata. Namun yang beza dan unik kepada cerpen ini adalah ia berunsur fantasi. Tetapi yang lebih menarik lagi ialah walaupun ceritanya berunsur fantasi ia tetap mempunyai suara didatik dan terdapat nilai-nilai yang ingin diketengahkan oleh penulis.
Jarang sekali kita terdedah kepada karya-karya melayu yang berunsur fantasi dan apabila kita diberi teks sebegini akan pada mulanya rasa canggung. Namun haruslah kita membiasakan diri kita dengan karya-karya sebegini kerana ia memberi pembaharuan kepada pembelajaran sastera.
Justeru secara keserluruhan banyak yang dapat dipelajari dari cerpen ini. Ia bukan sahaja memperkenalkan “genre” yang baru dalam karya-karya melayu akan tetapi membuat kita berfikir secara kritikal. Yang penting sekali ia membuat lebih mengaprisasi sastera. Ia membuat kita sedar bahawa sastera itu adalah sesuatu yang misteri dan setiap kali kita membaca sesuatu teks itu setiap kali kita akan mendapati sesuatu pemahaman yang baru.