Femisma
Di kuliah hari ini kami telah meneliti lensa feminist dengan lebih teliti lagi . Mengapakah dipilih lensa feminis, saya kurang pasti .
Mungkin ini adalah kerana tanpa kita sedari, banyak perkara di dalam hidup kita berdasarkan unsur-unsur patriakal dan adalah amat berguna bagi kita untuk menggunakan lensa ini agar kita akan lebih peka tentang unsur-unsur patriakal yang seringkali tersirat di dalam masyarakat kita.
Kami melihat degan lebih terperinci lagi di manakah asal usul feminisma dan apakah objektif dasar para feminisma.
Kemudian kami merangkumi feminisma ini kembali kepada sastera. Kami mengaitkan bagaimana di dalam kebanyakan sastera terdapat isu-isu feminisma yang boleh kita cungkil. Di dalam banyak karya-karya terdapt banyak tersurat dan juga tersirat ciri-ciri patriakal.
Unsur-unsur ini boleh datang dalam penulisan karya itu, jalan cerita , perwatakan ataupun cara pembikinan karya itu. Di dalam karya, isu feminisma boleh tertimbul secara langsung dan juga tidak langsung.
Lensa Feminis membolehkan kita melihat sastera dari sudut pandangan yang berbeza. Melalui lensa ini, kita dapat melihat dan mengenal pasti bagaimana penulis-penulis menggunakan bahasa simbol untuk mengetengahkan unsur-unsur gender. Ia juga membolehkan kita melihat perbezaan antara penulisan wanita dan lelaki. Selain itu kita juga boleh melihat bagaimana pelbagai watak, lebih-lebih lagi watak wanita dipaparkan dan bagaimana paparan ini lebih mengukuhkan “stereotype” seksual ataupun unsur-unsur patriakal. Di samping itu menggunakan lensa feminist ini juga membolehkan kita menyedari bahawa “gender” si pembaca sering kali menjejaskan respon kepada teks. Contohnya seorang pengkritik feminis mungkin akan mengatakan si penulis lelaki lebih mementingkan isu-isu para Adam sahaja.
Lensa Feminis menyuruh kita melihat perhubungan wanita dan lelaki dalam masyarakat dan peranan yang mereka mainkan. Ia membuat kita sedar bahawa sering kali ketidaksamaan terdapat dalam cara bagaimana sastera dicipta dan juga dalam isi teks itu sendiri. Ia juga mengingatkan kita bahawa seringkali sastera yang dicipta dibentuk oleh lelaki. Justeru ia memberi kita peluang untuk berfikir mengenai penulisan wanita yang selalu diketepikan dan juga melihat sastera dari perspektif feminis.
Pada mulanya saya agak keliru akan penggunaan lensa feminis ini . Saya kurang pasti akan bagaimana dengan penggunaan lensa ini dapat memanfaatkan para pelajar saya. Namun setelah melakukan aktiviti-aktiviti dalam kertas kerja yang telah diberikan, ia membuat saya sedar bahawa di dalam masyarakat kita terdapat terlalu banyak unsur-unsur patriakal yang sudah kita terima tanpa berfikir. Justeru adalah penting bagi saya memperkenalkan lensa feminists ini kepada para pelajar agar mereka dapat mempunyai kesedaran akan usnur-unsur patriakal ini. Lensa feminists akan memberi mereka sudut pandangan yang berbeza dan membuat mereka lebih peka akan isu-isu “gender” yang terdapat dalam kehidupan lebih-leibh lagi dalam penulisan dan penciptaan sastera.
No comments:
Post a Comment