HOT – Higher Order Thinking
Di kuliah hari ini kami telah meneliti cara bagaimana sebagai guru kami boleh memberikan soalan-soalan berbentuk Higher Order Thinking.
Kami telah cuba melakarkan beberapa soalan berdasarkan rangka Taxonomy Bloom.
Taxonomy Bloom mempunyai 6 tangga.
Tangga- tangganya adalah seperti berikut:
pengetahuan, pemahaman , applikasi , analisa, sintasis dan evaluasi.
Soalan-soalan HOT memerlukan lebih dari pengetahuan dan pemahaman tetapi ia memerlukan murid-murid untuk mengaplikasi, menganalisa, membuat sintasis dan memberikan evaluasi mereka.
Pada hemat saya, ia bukanlah mudah untuk melakarkan soalan-soalan HOT kerana ia bukan semata-mata memberi soalan-solana yang sukar kepada murid-murid. Tetapi haruslah diberi banyak penelitian dan perhatian ketika melakarkan soalan-soalan.
#1
Ketika melakarkan soalan-solan HOT, sebagai guru kita haruslah memastikan bahawa sekurang-kurangnya boleh terdapat tukilan-tukilan dan bukti-bukti yang boleh murid-murid dapatkan dari teks. Adakalanya sebagai guru kita terbawa-bawa (carried away) untuk memberi soalan-soalan HOT hinggakan kita lupa bahawa soalan itu terlalu terpesong dari teks atau lebih berbentuk soalan general (gp questions).
#2
Pemerhatian yang kedua yang harus kita pastikan ialah sebagai guru kita juga harus memberi “scaffolding” kepada murid-murid kita ketika memberi mereka soalan-soalan HOT. Soalan-soalan HOT seringkali memerlukan murid-murid menggunakan pengetahuan sedia ada ataupun pengetahuan luaran mereka.
Ini kadangkala memberikan sedikit masalah kerana ada segolongan murid-murid kurang membaca dan ilmu pengetahuan luaran mereka amatlah cetek. Untuk membolehkan murid-murid seperti ini lebih mudah menjawab soalan-soalan HOT mungkin sebagai guru kita boleh memberikan mereka sedikit “scaffolding”. Ketika membincangkan teks guru boleh menyelitkan maklumat-maklumat luar yang berkaitan dengan teks itu.
Ataupun sebagai aktiviti pre, guru boleh menyuruh pelajar melakukan sedikit kajian mengenai perkara-perkara dan tema-tema yang akan dikemukakan di dalam teks itu.
Contohnya jika teks itu mengenai pembangunan, guru boleh menyuruh murid-murid membuat sedikit kajian mengenai pembangunan dan buruk baiknya dan boleh dibincangkan di kelas. Dengan cara ini murid-murid tidak lah begitu teperanjat ketika melihat teks itu dan juga mereka akan lebih mudah untuk menjawab soalan-soalan HOT.
#3
Pemerhatian yang ketiga yang harus diambil kira ketika melakarkan soalan-soalan HOT adalah kaedah penilaian. Oleh kerana soalan-soalan HOT memerlukan murid-murid untuk menganalisa, mengaplikasi dan mengevaluasi tentu sekali jawapan-jawapan yang akan diberikan oleh mereka adalah berbeza-beza.
Di sini akan timbul satu dilema dimana guru harus memilih cara bagaimana untuk menilai jawapan-jawapan yang diberi:
Jawapan mana yang lebih baik?
Jawapan yang mempunyai banyak bukti dan tukilan tetapi kurang meyakinkan ataupun jawapan yang tidak mempunyai begitu banyak bukti tetapi amat menyakinkan?
Di sini juga isu “subjectivity” akan timbul. Seorang guru mungkin akan mendapati satu jawapan itu meyakinkan tetapi seorang guru lain tidak begitu yakin dengan jawapan yang diberi.
Apakan yang harus digunakan sebagai kayu ukur? Justeru haruslah difikir dengan teliti bagaimana untuk mengadakan rubrik pemarkahan yang paling adil ketika melakarkan soalan-soalan berbentuk HOT.
Justeru di sini kita telah lihat bahawa soalan-soalan HOT bukan sahaja sukar untuk murid-murid tetapi tahap pelakarannya juga bukan sesuatu yang mudah dan boleh diambil ringan.
No comments:
Post a Comment